Sumber Dari Tingkatan Cahaya adalah Allah - TERBIS

Sumber Dari Tingkatan Cahaya adalah Allah

Bahwa tingkatan-tingkatan cahaya ini bukanlah naik ke atas tanpa had. Had atau peringkat muktamatnya ialah cahaya yang bercahaya dengan sendirinya. Cahaya tidak didatangkan dari puncak yang lain ; bahkan cahaya itulah yang mengeluarkan cahaya kepada yang lain, menurut susunan dan peringkat masing-masing. 
Sumber Dari Tingkatan Cahaya adalah Allah

Mari kita tanyakan pada diri sendiri. Manakah yang lebih patut dipanggil cahaya; yang bercahaya sendirinya dan menyinari yang lain, atau pun yang cahayanya datang dari sumber lain dari dirinya?. Tentu kita telah tahu jawabannya, bukan? Dengan itu, dapatlah kita simpulkan bahwa panggilan cahaya itu sebenarnya patut diberikan kepada cahaya tertinggi itu. Di atas itu tidak ada cahaya lagi, bahkan cahaya yang lain itu datang daripadanya. 

Berani dikatakan bahawa istilah "cahaya" ini sepatutnya diberi kepada cahaya yang tertinggi itu dan yang lain daripada itu sebenarnya tidak bercahaya. Cahaya yang ada pada yang lain itu adalah pinjaman semata-mata. Mereka sendiri tidak mempunyai cahaya, hanya mendapatkan cahaya pinjaman. Jadi, mereka sebenarnya tidak ada cahaya. Memanggil "orang yang meminjam" dengan nama "orang yang memberi pinjam" adalah semata-mata panggilan tanpa isi sebenarnya. Cobalah difikirkan, siapakah sebenarnya yang mempunyai barang (di sini katakanlah, kuda), orang yang memberi pinjam kuda tunggangan atau orang yang meminjam kuda tunggangan itu? Yang mempunyai kuda tunggangan itukah yang berharta (di sini berkuda) atau orang yang meminjam itu yang berharta? Orang yang meminjam itu tetap tidak mempunyai kuda kerana kuda bukan dia yang punya. Yang mempunyai kuda itulah tuannya. 

Oleh karena yang demikian, cahaya hakiki ialah Dia yang menjadikan makhluk dan mentadbir mereka itu. Dia yang memberi cahaya dan menahan cahaya. Tidak ada sekutu baginya. Cahaya itu Dia punya. Yang lain tidak berhak campur tangan dalam urusanNya. Kecuali ada juga Dia menggelar yang dijadikan itu "cahaya" semata-mata kerana ia menghendaki supaya dipanggil demikian. Ibarat tuan yang hendak memberi hanya satu hadiah, dan diberinya hamba itu nama "tuan". Apabila hamba itu menyedari hakikat ini, dia pun tahulah bahwa dirinya itu dan kepunyaannya itu adalah hak tuannya, bukan hak dirinya. Allah itulah tuan yang mempunyai sekelian Alam, dan tidak ada apa dan siapa pun yang bersyarikat dengan Dia. 

Sekarang kita tahu bahwa cahaya itu ialah yang kelihatan dan menampakan. 

Kita juga telah tahu peringkat-peringkat cahaya itu. Selanjutnya kita tahu juga bahwa tidak ada gelap yang lebih gelap dari "bukan wujud" kerena sesuatu benda yang gelap itu dipanggil "gelap" kerena ia tidak kelihatan. Ia tidak terlihat meskipun ia ada wujud. Tetapi yang tidak ada wujud pada pandangan orang lain dan pandangan dirinya adalah yang paling gelap. 

Sebaliknya atau lawannya ialah wujud, dan wujud ialah cahaya, kerena kecuali benda itu terzhohir pada yang lain, wujud itu terbahagi kepada dua jenis. Satu, ialah yang mempunyai wujud pada dirinya; dan dua, ialah wujudnya itu didapati dari bukan dirinya. Wujud jenis yang kedua ini ialah wujud pinjaman, yang bererti tidak wujud sendirinya, bahkan pada hakikatnya, ia tidak wujud. Wujud itu itu tergantung kepada yang lain. Oleh karena itu, pada hakikatnya ia tidak wujud, seperti perumpamaan orang yang mempunyai kuda dengan orang yang yang meminjam kuda tadi. 

Oleh sebab itu, Wujud Hakiki ialah Allah Subhanahuwa Taala dan juga cahaya hakiki ialah Allah Subhanahuwa Taala jua.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sumber Dari Tingkatan Cahaya adalah Allah"

Post a Comment